Penawaran Kursus di Luar Negara

Aku mendapati bahawa kursus pengajian bahasa yang ditawarkan di luar negara terutamanya di Australia, Amerika Syarikat, Belanda, Jepun, Jerman, Perancis, dan United Kingdom nampak lebih menarik jika dibandingkan dengan di Malaysia. Namun kosnya mungkin lebih tinggi jika dibandingkan dengan belajar di dalam negara.

Secara umumnya, aku telah mengenalpasti Universiti Oxford di United Kingdom yang dengarnya mempunyai lima (5) jabatan yang mengkhusus dalam pengajian bahasa. Jabatan ini semuanya dirumahkan di bawah Fakulti Linguistik, Filologi dan Fonetik sebagai fakulti umum. Senarainya adalah seperti berikut:

Selain itu, terdapat juga jabatan lain yang berkaitan dengan pengajian bahasa iaitu:
  • Pengajian Asia dan Timur Tengah
  • Pengajian Karya Klasik Yunani dan Romawi
  • Jabatan Sains Komputer
  • Jabatan Pendidikan
  • Bahasa Inggeris
  • Psikologi Makmal
  • Jabatan Bahasa Moden
  • Falsafah
  • Pusat Bahasa
  • Maison Française d'Oxford

 Selanjutnya, aku turut membuat rujukan dengan halaman dari Universiti Cambridge.