Penawaran Kursus Pengajian Bahasa di Malaysia

Di Malaysia, pilihan pengajian yang berkaitan dengan bahasa adalah sangat terhad di mana majornya itu bertumpu kepada pengajian bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja. Berikut adalah simpanan nota aku serta penilaian berdasarkan kepada pengalaman peribadiku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung Malaysia:

Bagi minor pula, IPTA tempat aku belajar itu menawarkan kursus seperti berikut:

Semua kursus minor seperti di atas sebenarnya sangat berguna dan boleh digunapakai apabila anda masuk bekerja tidak mengira di firma swasta atau pun dalam agensi kerajaan. Bagi subjek yang tidak melibatkan pengajian bahasa maka aku akan perbuat halaman lain sebagai pusat simpanan nota.

Bagi kursus bahasa pula, IPTA aku iaitu Universiti Sains Malaysia mempunyai Pusat Pengajian Bahasa yang dikenali sebagai School of Languages, Literacies and Translation (SoLLat) atau Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Penterjemahan. Kebanyakan kelas bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang aku ambil semasa berada dalam pengajian sarjana muda adalah di sini.