Masukan ini adalah sebagai penilaian bagi panduan untuk pelajar yang sedang mencari-cari bidang yang ingin diceburi selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah tinggi. Sebagai pengenalan, aku adalah salah seorang mahasiswa yang menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Terjemahan dan Interpretasi dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Pada awalnya aku fikirkan bahawa kami akan mempelajari bahasa asing tetapi selepas itu aku terkejut kerana mendapati bahawa kursus yang aku akan pelajari itu adalah major yang memberikan tumpuan kepada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja sebaik aku selesai proses orientasi. Aku boleh katakan bahawa aku agak kecewa kerana aku tidak mahu belajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris lagi. Pada ketika itu, aku bercita-cita ingin bekerja di organisasi antarabangsa. Aku ada terfikir ingin berhenti belajar sahaja tetapi aku meneruskannya juga kerana aku berasa kasihan kepada arwah bapa aku yang gembira mendengar berita bahawa aku akan menyambung pengajian tinggi di USM.
Kursus ini dibahagikan kepada penterjemahan dan interpretasi atau kejurubahasaan. Aku lebih cenderung kepada penterjemahan berbanding kejurubahasaan kerana aku tidak suka pekerjaan di barisan hadapan. Berikut adalah senarai kursus yang aku telah pelajari sepanjang tiga (3) tahun aku belajar di peringkat ijazah sarjana muda dengan pinjaman berjumlah RM 9,000.00 dari Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
- Bagaimanakah kursus yang akan anda pelajari itu membuka peluang pekerjaan kepada anda
- Apakah subjek yang ditawarkan dalam kursus yang akan anda ambil?
- Adakah kursus yang akan anda ambil itu berbaloi dengan pinjaman atau biasiswa anda?