Menurut William Wresch dalam Have and Have-Nots in the Information Age (1996) muka surat 39 yang diterbitkan oleh Penerbitan Universiti Rutgers, UNESCO menetapkan bahawa penerbitan buku menjadi penanda aras kepada tahap standard kehidupan, pendidikan dan kesedaran di sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, tiada cara yang piawai untuk menjejaki berapa banyakkah buku yang diterbitkan di seluruh dunia jadi sukar sekali untuk membandingkan penerbitan antara negara dan menjejaki industri ini secara mendalam. Salah satu cara untuk mengesan penerbitan yang didaftarkan di setiap negara adalah menerusi International Standard Book Numbers (ISBN) atau dalam bahasa Melayunya disebut sebagai Nombor Piawai Buku Antarabangsa.
Data terbitan Malaysian Book Publishers Association - Country Report: Malaysia 2016 menunjukkan bahawa Malaysia mendaftarkan sebanyak 15, 354 buah buku dengan ISBN pada tahun 2015. Jumlah ini sebenarnya menurun berbanding dengan tahun 2013 iaitu sebanyak 19,987 buah buku.
Syarikat Penerbitan Buku Malaysia
Berikut ialah senarai syarikat penerbitan di Malaysia bagi sesiapa yang berminat untuk membeli buku terbitan tempatan sebagai bahan bacaan dan hiburan yang menambah wawasan.
- Buku Fixi - Penerbitan ini telah beroperasi sejak tahun 2011. Buku-buku terbitan syarikat ini dipasarkan di kedai di seluruh Malaysia dan juga secara atas talian (online).
- Buku Prima - Penerbitan ini diasaskan pada tahun 2006 di Petaling Jaya, Selangor. Ia menerbitkan pelbagai produk bacaan seperti novel, rencana, dan majalah.
- Lejen Press - Penerbitan ini diasaskan oleh Muhammad Aisamuddin Md. Asri dan Shahrul Naim Mohd Amin di Subang Jaya, Selangor pada 5 Julai 2011.
- Matahari Books - Penerbitan ini diasaskan oleh Amir Muhammad. Ia mengkhusus kepada penerbitan buku non-fiksyen dan naskah skrip layar tayangan filem atau teater. Buku yang diterbitkan boleh didapati dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Promosi penerbitan ini dijalankan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter (X).
Syarikat Penerbitan Buku Antarabangsa
Berikut ialah senarai syarikat penerbitan buku antarabangsa bagi sesiapa yang berminat untuk menerbitkan buku atau dokumen lain sebagai rujukan atau sebagai buah tangan akademik kepada diri sendiri dan dunia.
- Austin Macauley Publishers - Penerbit buku bebas dalam pelbagai format di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
- Berlitz Publishing - Penerbitan ini menerbitkan buku frasa, kamus pelbagai bahasa, dan peta untuk pengembara serta pelancong.
- PaperTrue - Penerbitan ini ditubuhkan pada tahun 2014 dengan tujuan untuk menjadikan penulisan bahasa Inggeris bermutu dapat diakses oleh semua. Pejabat penerbitan ini berada di Amerika Syarikat (AS), India, Singapura, dan United Kingdom (UK).
Terima kasih.