Pengamatan mengenai Agensi Pelarian UN di Malaysia

Pada pengamatan aku, suasana kerja di situ pada ketika itu sangatlah teruk dan aku masuk bekerja di situ melalui sistem kontrak di bawah Projek Operasi Pejabat atau UN Office Operations Project. Mereka beroperasi dalam kontena sahaja. Kad pekerjanya pun aku masih simpan lagi dalam fail walaupun telah diminta untuk memulangkannya. Aku tidak memulangkannya kerana aku malas hendak pergi ke pejabat itu bertemu dengan T yang bodoh itu. 

Lagipun pekerja yang berbangsa Caucasia di situ tak bercampur pun dengan pekerja tempatan. Mereka hanya ke pejabat yang panas itu sekali-sekala sahaja. Selebihnya mereka mungkin berada di pejabat rantau di Bangkok, Thailand atau di ibu pejabat mereka di Geneva, Switzerland. Aku mengambil keputusan berhenti selepas itu kerana faktor keluarga. Ibu dan adik perempuan aku yang narcissistic berkelahi di hadapan bilik aku dan di hadapan arwah bapa aku yang sedang terkejung di katil akibat angin ahmar. Maka aku mengambil keputusan untuk berhenti dan menganggur tanpa sesen wang pun selama setahun selepas itu. Ini adalah sedikit sebanyak pengalaman aku.

Berbalik kepada maklumat mengenai UNHCR ini, apakah sebenarnya agensi ini perbuat di Malaysia? Malaysia sebenarnya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa yang disebut sebagai International Treaty dalam bahasa Inggeris dengan UN mengenai hal yang melibatkan pelarian.

Bacaan lanjutnya aku masukkan ke dalam masukan lanjut di sini. Terima kasih kerana sudi berkunjung tapi aku tidak sediakan teh pun, ya. Hal ini kerana kita berada di dunia maya.