Kursus Penterjemahan

Berikut adalah pembahagian topik berdasarkan kepada kelas yang aku hadiri semasa kursus "Ijazah Sarjana Muda Penterjemahan dan Interpretasi" selama tiga (3) tahun di Universiti Sains Malaysia (USM):
Industri Penterjemahan

Selain itu, aku lampirkan juga maklumat berkenaan dengan industri berkaitan di Malaysia bagi membolehkan mereka yang berminat dengan bidang ini membuat penilaian sebelum memilih bidang ini sebagai bidang pengajian mereka di universiti. 
Syarikat Penterjemahan

Bagi tujuan latihan industri, cadangan seperti berikut secara idealnya boleh menjadi pilihan anda namun daripada pengalaman rakan-rakan sekelas aku, didapati bahawa Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sebenarnya tidak membantu sangat pun dalam memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dari jurusan seperti di atas tetapi aku masih menyenaraikannya di sini hanya sebagai panduan sahaja. 
  • Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), ditubuhkan pada 14 September 1993 menyediakan prasarana untuk industri penterjemahan di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Lunar Translations, cawangan kepada Endless Fantasy Translations yang ditubuhkan pada 21 September 2021 menguruskan projek penterjemahan untuk komik dari bahasa Cina ke bahasa Melayu.
  • SEAtongue, diasaskan pada tahun 2009 menawarkan penterjemahan dalam bahasa Asia di Cyberjaya, Sepang, Selangor.
Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi menjengah ke mari dan berharap masukan aku ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat yang bersesuaian.