Untuk projek terjemahan sebenarnya, kursus BATI di USM itu ada projek berkumpulan. Kami kena hasilkan terjemahan bagi sebuah buku. Namun, kumpulan aku itu tidak hantar emel atau sebarang naskah salinan terjemahan jadi aku sebenarnya tak tahu apa yang sebenarnya diterjemahkan oleh budak-budak itu. Aku rasa aku tak terlibat sangat pun dalam projek tersebut dan aku tak ingat dah pun siapakah ahli dalam kumpulan projek tersebut kerana aku malas hendak meeting dengan mereka, haha.
Jadi, yang berikut ini adalah latihan terjemahan yang aku buat sendiri semasa aku berada dalam tempoh menganggur sekitar tahun 2014 sehingga tahun 2015. Teks-teks ini adalah contoh penterjemahan yang aku jalankan:
1. Cereka Kreatif
- Teks Bahasa Sumber Bahasa Melayu: Kisah Seram di Pejabat
- Teks Bahasa Sasaran Bahasa Inggeris: Ghostly Stories in the Office