Rabu, 30 Jun 2021

Senarai Filem Seram untuk Halloween

Aku sememangnya merayakan hari Halloween yang selalunya disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Untuk tahun 2021 yang dipenuhi dengan peristiwa pandemik COVID-19 dan juga kegagalan pentadbiran kerajaan hampir di seluruh dunia dalam menangani pandemik ini, aku menyediakan satu senarai filem untuk tontonan aku sendiri sebagai hiburan dalam kebosanan. Untuk gambar hiasan yang cantik di atas itu, sila muat turun kertas dinding layar di gua kertas dinding (klik di sini).

Nanti buat penambahan di sini apabila senggang sedikit kerana petang ini aku ada sedikit urusan untuk diselesaikan dengan pejabat aku. Aku ucapkan terima kasih kepada diriku untuk idea-idea yang biasa ini. Aku harap ia dapat membantu diriku melalui fasa kehidupan yang membosankan ini.