Sebagai salah seorang bekas pelajar dari jurusan ini, aku boleh katakan bahawa aku berasa kecewa dengan diriku sendiri kerana aku tersalah memilih bidang pengajian. Hal ini kerana aku tidak mempunyai sebarang hala tuju yang jelas dan aku kekurangan maklumat berkenaan bidang yang ditawarkan dalam Borang UPU, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi atau Ministry of Higher Education (MOHE).
Pada sekitar tahun 2005 dan 2006, kami hanya melihat kepada universiti sahaja dan aku mendapat tawaran bidang ini di Universiti Sains Malaysia (USM). Arwah bapa aku merupakan orang yang paling gembira dengan maklum balas yang aku terima ini kerana bagi beliau, universiti ini adalah antara yang terbaik di Malaysia walaupun kursus yang aku akan ambil itu tidak mempunyai masa depan atau peluang yang jelas pada masa hadapan. Selepas aku menerima ijazah pada tahun 2009, aku merasakan bahawa aku telah membazir umur aku dan wang selama tiga (3) tahun di kampus Pulau Pinang tanpa hasil yang memuaskan hati pun kerana aku tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian pun dengan ijazah yang diterima itu.
Aku mendapati bahawa aku tergapai-gapai mencari pekerjaan. Berbeza pula dengan pelajar dari jurusan lain seperti dari School of Applied Sciences atau mereka yang mengikuti jurusan perguruan. Aku mendapati bahawa jurusan yang aku ambil itu tidak memberikan sebarang maklumat yang jelas tentang industri penterjemahan di Malaysia selain daripada maklum secara umum mengenai kewujudan Industri Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang ketika itu ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kononnya, institusi tersebut berfungsi menterjemah bahan rujukan sains dan teknologi negara asing ke dalam bahasa Melayu.
Rujukan
- Helmi, Buku Terjemahan dalam Membina Industri Penerbitan Tempatan, melalui Happy Buffalo, melalui PTS Publication, 22 September 2004
- Maria Paola de Salvi, Knowledge Translation can ensure funding for research in Brazil, Easy Telling Brazil, 7 Jun 2019
- Industri Penterjemahan dan Interpretasi, di mana kedudukan Malaysia? Utusan Borneo Online, 5 Oktober 2019
- Menyemarak Industri Penterjemahan di Malaysia, Utusan Malaysia melalui Happy Buffalo
- Simon Akhrameev, Sad Truth about the Translation Industry, English-Russian Translation Services
Sumber Gambar:
- Socrates and his students, illustration from Kitab al-Mukhtar al-Hikam wa Mahasin al-Kilam by Mubashir, Turkish School of 13 centuries via Peter Adamson (2006) Arabic Translators did far more than preserving Greek Philosophy, Oxford University Press and Aeon Strategic Partner