Dari segi peluang pekerjaan, aku ingin mengingatkan rakan-rakan pelajar yang akan bergelar mahasiswa supaya tidak mengehadkan diri mereka kepada satu jenis sektor pekerjaan sahaja. Selain itu, jangan memandang rendah kepada perkhidmatan awam termasuklah perkhidmatan keselamatan awam dan keselamatan negara seperti polis dan tentera. Kesemuanya mungkin boleh menjadi kerjaya kita pada masa hadapan.
Di Malaysia, terdapat dua sektor yang umum iaitu sektor awam dan sektor swasta. Bagi sektor awam, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi oleh pemohon pekerjaan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama melihat bagaimana caranya kita ingin mendapatkan pekerjaan terutamanya jika kita adalah pelajar dari aliran kemanusiaan.
A. Sektor Awam
Permohonan pekerjaan di sektor awam boleh dibuat melalui dua (2) cara iaitu melalui Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA 9) atau secara terus di agensi yang ingin kita sertai. Permohonan melalui SPA 9 adalah permohonan bagi perjawatan guna sama sebaliknya permohonan di agensi seperti badan berkanun boleh dibuat terus dengan Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) di agensi tersebut kerana perjawatan di situ adalah perjawatan tertutup.
Permohonan di Suruhanjaya bolehlah dibuat di laman web seperti berikut:
Manakala semakan berkenaan dengan hal ehwal perkhidmatan awam di Malaysia boleh dibuat di laman web berikut:
Setakat yang aku fahami, umur pemohon SPA mestilah di bawah 35 tahun. Oleh itu, rakan-rakan pelajar haruslah segera mengisi borang ini secara atas talian (online) sebaik sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ijazah Sarjana Muda atau sebagainya mengikut perancangan peribadi anda. Dari segi pentadbiran awam, pembahagian jawatan adalah seperti berikut:
Jawatan dalam pentadbiran seperti di atas itu digolongkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional. Ia adalah perjawatan yang paling banyak digunakan di merata-rata agensi kerajaan serta kementerian.
B. Suruhanjaya
Suruhanjaya adalah satu badan atau organisasi yang ditubuhkan khusus oleh kerajaan dalam pemerintahan negara. Pembentukan Suruhanjaya ini adalah tetap atau pun sementara. Ia bertujuan untuk memastikan semak dan imbang dalam pentadbiran negara.
C. Sektor Swasta
Sektor swasta di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa cabang juga. Anda boleh memilih untuk bekerja di syarikat swasta, bahagian perbankan, bekerja sendiri atau pun di badan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, terdapat juga syarikat swasta yang pegangan saham majoritinya dipegang oleh kerajaan. Syarikat sebegini disebut sebagai Government Lead Company (GLC) atau syarikat yang dipandu oleh kerajaan.