Memaparkan catatan dengan label covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label covid-19. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2021

COVID-19 dan Masa Depan Perniagaan

 

Eksekutif peneraju menggariskan lima peluang utama yang akan membantu organisasi bertindak balas terhadap krisis dan perubahan.

Apabila segalanya itu adalah keutamaan, maka tiada lagi sebarang keutamaan. Sebagai eksekutif, cabaran untuk menerima persekitaran perniagaan atau urusan pasca-COVID menyedarkan ramai dalam kalangan kita bahawa kita memimpin dari kawasan kabur yang tidak menentu.

Dua tahun yang lalu, beberapa orang eksekutif mempertimbang kecekapan dalam pengurusan krisis, kepantasan perusahaan, pengurusan kos, ketahanan tenaga kerja, inovasi atau pemgurusan aliran wang sebagai perkara yang penting dalam perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, hari ini eksekutif utama menceritakan hal yang berbeza.

Kajian baru dari IBM Institute for Business Value menunjukkan bahawa eksekutif kini mengutamakan semua kemampuan yang di atas. Dalam dua tahun yang terkemudian, hasil dapatan kami menunjukkan bahawa kita harus menjangkakan anjakan keutamaan lain yang besar. Para eksekutif jelas sekali memberitahu kita bahawa mereka merancang untuk memberi penekanan kepada keselamatan tenaga kerja, pengurusan kos dan kepantasan perusahaan bergerak merentasi masa.

Rujukan

Sabtu, 18 Julai 2020

Idea Perusahaan Maya


Era pasca Covid-19 ini rasanya telah mengubah mode pekerjaan ramai orang. Orang ramai terpaksa beralih secara drastik kepada perhubungan secara atas talian bagi mengelakkan dijangkiti wabak Covid-19. Perniagaan pun terpaksa dijalankan secara atas talian.

Memulakan perniagaan di atas talian boleh jadi juga tidak memerlukan kita melabur secara besar-besaran dalam menyediakan ruangan pejabat di bandar. Kerana perniagaan ini didasarkan kepada perhubungan secara atas talian. Kita boleh mencapai pelanggan berpotensi kita atau bekerja hanya secara maya di mana-mana sahaja. Kita membuat wang secara atas talian tanpa perlu berbelanja besar. Dengan hanya berbekalkan laman sesawang asas, kemahiran komunikasi dan pengetahuan dalam menyelenggara ruangan maya. Hampir sesiapa sahaja boleh melancarkan perniagaan secara atas talian dalam masa beberapa hari sahaja. Fikirkan sama ada anda benar-benar bersedia untuk menjadi seorang usahawan maya? Senarainya boleh diakses di sini untuk rujukan.

Kesimpulannya, internet boleh digunakan sebagai platform untuk mencari peluang untuk meneruskan kehidupan. Walaupun bagi sesetengah orang, mencari wang secara maya ini bukan mata pencarian utama mereka namun ia boleh menjadi jaringan keselamatan sosial tambahan bagi mereka menjana wang poket setiap bulan. Terdapat juga sesetengah usahawan maya yang mampu melombong emas dengan usaha, ketabahan dan masa yang diluangkan untuk memastikan impian mereka menjadi kenyataan. Bolehkah salah satu daripada idea yang dicadangkan itu menjadi pilihan untuk pekerjaan anda? Cuba luangkan masa dan lihat ke mana arah tujuannya. Mesti ada sesuatu untuk semua orang bukan? Sama ada anda ingin bekerja seperti biasa atau menjana pendapatan secara pasif, terdapat pelnagai senarai dalam cadangan idea perniagaan di atas talian. Diharapkan idea ini menjadi inspirasi untuk anda memulakan sesuatu yang bermakna buat diri anda.