Memaparkan catatan dengan label atas talian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label atas talian. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Julai 2020

Idea Perusahaan Maya


Era pasca Covid-19 ini rasanya telah mengubah mode pekerjaan ramai orang. Orang ramai terpaksa beralih secara drastik kepada perhubungan secara atas talian bagi mengelakkan dijangkiti wabak Covid-19. Perniagaan pun terpaksa dijalankan secara atas talian.

Memulakan perniagaan di atas talian boleh jadi juga tidak memerlukan kita melabur secara besar-besaran dalam menyediakan ruangan pejabat di bandar. Kerana perniagaan ini didasarkan kepada perhubungan secara atas talian. Kita boleh mencapai pelanggan berpotensi kita atau bekerja hanya secara maya di mana-mana sahaja. Kita membuat wang secara atas talian tanpa perlu berbelanja besar. Dengan hanya berbekalkan laman sesawang asas, kemahiran komunikasi dan pengetahuan dalam menyelenggara ruangan maya. Hampir sesiapa sahaja boleh melancarkan perniagaan secara atas talian dalam masa beberapa hari sahaja. Fikirkan sama ada anda benar-benar bersedia untuk menjadi seorang usahawan maya? Senarainya boleh diakses di sini untuk rujukan.

Kesimpulannya, internet boleh digunakan sebagai platform untuk mencari peluang untuk meneruskan kehidupan. Walaupun bagi sesetengah orang, mencari wang secara maya ini bukan mata pencarian utama mereka namun ia boleh menjadi jaringan keselamatan sosial tambahan bagi mereka menjana wang poket setiap bulan. Terdapat juga sesetengah usahawan maya yang mampu melombong emas dengan usaha, ketabahan dan masa yang diluangkan untuk memastikan impian mereka menjadi kenyataan. Bolehkah salah satu daripada idea yang dicadangkan itu menjadi pilihan untuk pekerjaan anda? Cuba luangkan masa dan lihat ke mana arah tujuannya. Mesti ada sesuatu untuk semua orang bukan? Sama ada anda ingin bekerja seperti biasa atau menjana pendapatan secara pasif, terdapat pelnagai senarai dalam cadangan idea perniagaan di atas talian. Diharapkan idea ini menjadi inspirasi untuk anda memulakan sesuatu yang bermakna buat diri anda.

Isnin, 22 Jun 2020

Waktu Bekerja Pasca Wabak Covid-19


Sekitar lewat bulan Januari 2020, dunia menjadi gempar dengan wabak SARS Corona Virus (Covid-19) yang merebak dengan pantas di seluruh dunia. Khabarnya, wabak tersebut merebak dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, Republik Rakyat China (PRC) sejak bulan November atau bulan Disember 2019 lagi.

Wabak ini menyebabkan banyak sekali kematian di seluruh dunia. Malaysia pun tidak terkecuali menerima kesan hasil dari serangan pandemik Covid-19 ini. Dalam usaha memutuskan rangkaian wabak ini, pejabat aku membahagikan setiap unit kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kesatu dan kumpulan kedua yang setiap satunya mengandungi kira-kira empat ke lima orang kakitangan. Kakitangan akan bekerja secara bergilir-gilir setiap minggu. Namun, hari ini ketua jabatan meminta pandangan serta justifikasi setiap orang sama hal ini patut diteruskan atau tidak? Beliau juga meminta pandangan dari kakitangan yang menggunakan kenderaan awam.

Hasil dari kemas kini aku dengan rakan sekerja mengenai bekerja di pejabat, aku mendapat maklumat bahawa pejabat akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2020. Dalam bulan Julai 2020 ini, beberapa negara di benua Amerika seperti Amerika Syarikat telah pun dilanda gelombang kedua wabak Covid-19.   

Rujukan
  • Justin Harper, 'Coronavirus: Flexible working will be a new normal after virus', Business in British Broadcasting News, 22 May 2020 (online)'
  • Trinity News and Events, Employees fear contracting Covid-19 if using public transport to get to work, Trinity College Dublin: the University of Dublin, 14 May 2020 (online)
  • Safe Work Australia, Public Transport: Working from Home, Working from Home, 12 June 2020 (online)
  • OSH Wiki Networking Knowledge, Covid-19: Back to the workplace - Adapting working places and protecting workers, European Union (online)
Sumber Gambar: IT & Information Security, IT Manager Insights: Remote Working during Covid-19, SnapComms, 1 April 2020 (online)