Penulisan akademik haruslah jelas, padat, berfokus, berstruktur dan disokong oleh bukti serta fakta. Tujuan penulisan akademik adalah untuk membantu pemahaman para pembaca mengenai sesuatu tajuk.
Penulisan akademik mempunyai gaya dan nada namun ia tidaklah begitu rumit serta tidak memerlukan ayat yang panjang atau kosa kata yang sukar difahami. Setiap sukatan mata pelajaran dalam sesuatu disiplin pengajian itu mempunyai kaedah penulisan yang khusus, kelompok kosa katanya yang tersendiri dan perbincangan yang akan membiasakan kita dengan sesuatu kursus dalam ijazah yang kita akan dapatkan itu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri umum yang berkaitan dengan segala disiplin pengajian apabila kita menghasilkan penulisan akademik.
Rujukan
- Apakah Penulisan Akademik, Sokongan Pengajian dan Pembelajaran: Kemahiran Penulisan, Perpustakaan Universiti Leeds, United Kingdom
- Perkongsian Jurnal dan Penulisan Akademik, Academia
- Soalan-Soalan Akademik dan Pendapat, Quora
- Perbezaan Maksud Tesis dan Disertasi, Dusun Raja, 10 Jun 2013