Sabtu, 13 April 2024

Hiburan untuk Orang Bosan


Aku telah memohon cuti sebanyak tiga (3) hari dari 8 sehingga 12 April 2024. Tarikh 10 dan 11 April 2024 adalah cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri. Aku tidak pergi ke mana-mana pun kerana:
  • Aku tidak mempunyai banyak wang dan perlu berjimat cermat kerana dalam masa dua tahun ke hadapan, ekonomi dunia masih lagi berada dalam keadaan bergolak; dan
  • Aku tidak mahu mengharungi kesesakan jalan raya walaupun aku teringin hendak pulang ke kampung halaman di utara. 
Jadi, aku hanya berada di rumah sahaja bermula dari 5 April 2024 (Sabtu) sehingga 14 April 2024 (Ahad). Jumlah cuti aku semuanya sekali jika dicampur dengan cuti umum adalah sebanyak 10 hari dan aku kebosanan selama 10 hari di sini!
Gambar hiasan aku petik dari Irish Legends: The Salmon of Knowledge dari Explore Blarney Blog melalui laman Blarney Woollen Mills. Kredit untuk imej visual di atas haruslah diberikan kepada laman yang disebutkan ini, terima kasih.