Orang India Malaysia

Kebanyakan warganegara Malaysia yang berbangsa India ini adalah etnik yang mempunyai susur galur dari pelbagai negeri di India. Majoriti etnik India yang terbesar sekali di Malaysia adalah dari India Selatan dan etnik India yang terbesar sekali di Malaysia adalah etnik Tamil dari negeri Tamil Nadu di India Selatan. Seterusnya, kelompok etnik India Selatan lain yang lebih minoriti adalah etnik Malayali dari Kerala, Telugu dari Andhra Pradesh dan Kannadiga dari Karnataka.

Warganegara Malaysia berbangsa India dari India Utara pula jumlah lebih sedikit berbanding dengan etnik Tamil dari India Selatan. Majoriti dari India Utara adalah etnik Punjabi dari negeri Punjab dan Haryana. Selebihnya yang lebih minoriti adalah etnik Gujarati dari negeri Gujarat, Bengali dari Bengal Barat dan Sindhi dari negeri Sindh yang kini berada dalam Pakistan.

Mohon penambahan yang bersesuaian dibuat di sini bagi memberikan maklumat lanjut mengenai orang India di Malaysia.