Peluang Pekerjaan

 


Seumur kehidupan aku, aku pernah menganggur selama setahu iaitu pada tahun 2014 disebabkan oleh isu kekeluargaan. Pada pandangan aku, nasib seseorang itu berbeza-beza jadi kita tidak boleh menggunakan situasi orang lain sebagai kayu pengukur kemampuan kita. Oleh itu, lebih baik jika kita menggunakan segenap peluang yang ada walaupun sekecil zarah sekalipun untuk mendapatkan pekerjaan terbaik untuk diri kita.

Dalam halaman ini, aku akan cuba mengupas berkenaan isu pekerjaan di Malaysia dalam tempoh antara tahun 2009 hingga tahun 2015. Kupasanku ini lebih bertumpu kepada perspektif peribadi mahasiswa dari aliran kemanusiaan sahaja kerana aku belajar dalam aliran ini semasa di institusi pengajian tinggi. Jadi, pengalaman ini hanya sah untuk aku atau sesiapa yang merasakan bahawa mereka melalui pengalaman yang serupa ini.
Terdapat juga contoh di mana pelajar pengajian bahasa yang menggunakan kemahiran dan jaringan kenalan mereka dengan menubuhkan akademi atau pusat bahasa yang seterusnya memberikan pekerjaan kepada rakan-rakan sepengajian mereka seperti berikut:
Aku mohon untuk membuat penambahan sekiranya ada yang aku rasa boleh dikongsikan lagi bersama dengan rakan-rakan. Sekian, terima kasih.