Pengurusan Acara

Pengurusan acara ini turut melibatkan pemakaian pengurusan projek dalam mencetuskan dan mengadakan acara korporat sama ada berskala besar atau bersakala kecil seperti perayaan, persidangan, majlis, perkahwinan, majlis rasmi, konsert atau konvensyen. Ia turut melibatkan penyelidikan jenama, mengenal pasti khalayak sasaran, mendalami konsep acara, dan menyelaraskan aspek teknikal sebelum acara tersebut benar-benar berlangsung.

Industri acara kini termasuklah acara dari segenap saiz dari sukan Olimpik sehinggalah ke mesyuarat perniagaan yang disertai dengan sarapan pagi. Banyak industri, selebriti, pertubuhan kebajikan dan kelompok yang berminat mengadakan acara dalam usaha untuk memasarkan label mereka, membina hubungan perniagaan, mengumpulkan dana atau meraikan pencapaian mereka.

Proses merancang dan menyelaraskan acara ini selalunya dirujuk sebagai event planning atau aturcara majlis yang melibatkan bajet, jadual majlis, pemilihan tapak majlis, mendapatkan permit atau kebenaran yang bersesuaian, menyelaraskan pengangkutan dan tempat letak kenderaan, mengaturkan jurucakap atau penghibur dalam majlis, keselamatan majlis, katering, menyelaraskan vendor pihak ketiga, serta pelan kecemasan dalam majlis. Setiap acara atau majlis itu mempunyai ciri yang berbeza jadi proses perancangan serta pelaksanaannya juga akan berbeza mengikut jenis acara tersebut.

Pengurus acara atau event manager adalah orang yang merancang dan melaksanakan acara, menanggung tanggungjawab dari segi elemen kreatif, teknikal serta logistik. Hal ini termasuklah memantau keseluruhan acara dari segi jenis bangunan, strategi komunikasi dan pemasaran, produksi audio-visual, penulisan skrip, logistik, bajet, rundingan dan perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana pengurusan acara ini rumit maka ia memerlukan pengetahuan yang meluas. Pengurusan acara ini sering disebut sebagai laluan kerjaya yang memberikan tekanan yang besar kepada seseorang kedua selepas kerjaya seorang pakar bedah.


 The Ultimate Event Planning Checklist for a Successful Event | Bus.com