Memaparkan catatan dengan label dasar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dasar. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2025

Dewan Bahasa dan Pustaka Terbitkan 771 Judul Buku Bahasa Melayu

Menurut laporan berita Buletin TV3 seksyen Nasional berjudul "DBP terbitkan 771 judul buku bahasa Melayu guna dana PIBN" pada 31 Mei 2025, sebanyak 771 judul buku berbahasa Melayu pelbagai bidang dan genre telah berjaya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP melalui Dana Penerbitan Inisiatif Buku Negara (PIBN) dengan kos berjumlah kira-kira RM 7 juta.

Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP berkata bahawa dari Januari hingga Mei 2025 sahaja, sebanyak 80 judul buku telah diluluskan pembiayaannya dengan jumlah dana kira-kira RM 600,000.00. Angka ini boleh dikatakan agak besar juga dalam tempoh lima bulan. Pembiayaan ini sudah pasti memberi manfaat menyeluruh dalam pelbagai peringkat penerbitan, daripada penyelidikan dan penulisan sehinggalah kepada aspek teknikal seperti penyuntingan dan penyediaan ilustrasi.

Dana PIBN ini diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk menyokong industri penerbitan buku berbahasa Melayu yang berkualiti serta memperkasa pembangunan kandungan tempatan dalam industri buku negara.

Sebagai urus setia Dana PIBN, DBP memainkan peranan penting dalam usaha merancakkan lagi aktiviti promosi dalam pelbagai lapisan masyarakat. Antara usaha yang diambil oleh DBP adalah seperti berikut:

  • Menjalankan taklimat kepada penerbit dan persatuan;
  • Mengadakan Jerayawara PIBN menerusi penyertaan dalam pelbagai acara perbukuan seperti pesta buku dan himpunan penulis di seluruh negara; dan
  • Menganjurkan kursus percuma berkaitan penulisan dan penerbitan yang disertai oleh penerbit, persatuan dan individu.

Usaha yang dijalankan DBP dalam mempromosi Dana PIBN ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudannya dan bermatlamat untuk menggalakkan lebih ramai pihak menghantar manuskrip bagi penilaian dan permohonan. Selain itu, urus setia bersedia memberikan khidmat bimbingan dan bantuan melancarkan proses permohonan dana ini.

Urus setia berharap agar dana ini dapat menggalakkan pemain industri penerbitan menerbitkan lebih banyak buku berbahasa Melayu yang berkualiti, seterusnya memperkukuh peranan buku sebagai teras utama dalam pembangunan ilmu dan kemajuan negara. 

Sabtu, 12 Julai 2014

Ekonomi berasaskan Ilmu Pengetahuan

Ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan atau knowledge-based economy menjadi dasar yang memelihara perkembangan ekonomi pada kadar yang pantas dan mempertingkat persaingan antarabangsa bagi mencapai matlamat negara. Pemacu kepada ekonomi berasaskan kepada ilmu pengetahuan ini adalah seperti berikut:
  • Membina dasar tenaga manusia berpengetahuan, antara lainnya, melalui penilaian pendidikan secara komprehensif dan sistem latihan, pelaksanaan atau peluasan sistem pembelajaran seumur hidup serta program bagi menarik, memberikan perangsang dan mengekalkan bakat berkemahiran yang diperlukan bagi mewujudkan ekonomi negara yang berpendapatan tinggi;
  • Mempertingkat lago usaha dan insiatif S&T dan R&D;
  • Memperluas perkembangan struktur maklumat bagi mempermudah cara perkembangan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan;
  • Sistem kewangan yang selari dengan perkembangan aktiviti berasaskan ilmu pengetahuan;
  • Mepertingkat konten pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan;
  • Menyeru Industri Kecil Sederhana (IKS) bersiap sedia melengkapi perniagaan masing-masing dengan ekonomi berdasarkan ilmu pengetahuan serta mengenalpasti dan menerokai peluang yang akan dijana olehnya;
  • Sektor awam yang pakar dalam mendapatkan, menggunakan, menyebarkan dan menguruskan pengetahuan;
  • Penggunaan pengetahuan secara beretika; dan
  • Mengambil tindakan tegas dalam menghubungkan jurang digital antara pendapatan, etnik dan kumpulan usia, komuniti bandar dan pedalaman serta merentasi rantau.  
Sebagai tambahan, Pelan Besar Ekonomi berasaskan Ilmu Pengetahuan atau Knowledge-based Economy Master Plan (KEMP) yang dilancarkan pada tahun 2002 mengandungi sebanyak 136 syor merangkumi sumber manusia, struktur maklumat, insentif, kemajuan sains dan teknologi, penetapan semula hala tuju sektor awam dan swasta serta menangani jurang digital.

Rencana dipetik dari Portal Kementerian Kewangan di bawah tajuk Dasar Pembangunan Negara berjudul Industri Berasaskan Ilmu Pengetahuan dan ICT.