Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 8 Februari 2026

Penerbitan Universiti Malaya

 

Penerbitan Universiti Malaya atau The Universiti Malaya Press telah ditubuhkan sejak tahun 1945 sekaligus menjadikannya sebagai penerbitan tertua sekali di Malaysia. Ia diterbitkan di atas premis bahawa menjadi tanggungjawab universiti bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan. 

Selasa, 30 September 2025

Pesta Buku UPSI ke-20

 

Masukan kempen ini dibuat tanpa sebarang tajaan, ya. Aku membantu hanya semata-mata untuk membudayakan membaca dalam masyarakat berbahasa Melayu di Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand. 

Untuk makluman, Pesta Buku Universiti Pendidikan Sultan Iskandar (UPSI) ke-20 kembali lagi! Marilah beramai-ramai memeriahkan Pesta Buku UPSI 2025 yang bakal berlangsung dari 15 hingga 18 Oktober 2025 (Rabu - Sabtu) dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Pesta ini bertempat di Dewan SITC, UPSI anjuran bersama Perpustakaan Tengku Bainun dan Pejabat Karang Mengarang UPSI.

Apa yang menarik menanti para pengunjung? Terdapat jualan buku terkini daripada penerbit di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, ada juga pelbagai aktiviti menarik dan program yang menyeronokkan seperti:

  • Fun-Tasia Ceria
  • Bicara Nahas Gerik
  • Persembahan Drama Tari
  • Forum: Konflik Keluarga ... Semangat Hidupku Luntur
  • Library Fun Run
  • Fast Track: Becoming A Content Creator
  • Wacana Sasterawan Negara
  • Persembahan oleh D'anson Buskers
  • Night@Library
  • Wacana Pengkisahan Kampung Mogah 

Lagi best, ada juga gerai jualan makanan dan minuman, segmen kuiz dengan hadiah yang menarik serta diskaun yang hebat menanti para pengunjung!

Orang awam dijemput hadir di Pesta Buku ini kerana masuk adalah PERCUMA!

Isnin, 2 Jun 2025

Dewan Bahasa dan Pustaka Terbitkan 771 Judul Buku Bahasa Melayu

Menurut laporan berita Buletin TV3 seksyen Nasional berjudul "DBP terbitkan 771 judul buku bahasa Melayu guna dana PIBN" pada 31 Mei 2025, sebanyak 771 judul buku berbahasa Melayu pelbagai bidang dan genre telah berjaya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP melalui Dana Penerbitan Inisiatif Buku Negara (PIBN) dengan kos berjumlah kira-kira RM 7 juta.

Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP berkata bahawa dari Januari hingga Mei 2025 sahaja, sebanyak 80 judul buku telah diluluskan pembiayaannya dengan jumlah dana kira-kira RM 600,000.00. Angka ini boleh dikatakan agak besar juga dalam tempoh lima bulan. Pembiayaan ini sudah pasti memberi manfaat menyeluruh dalam pelbagai peringkat penerbitan, daripada penyelidikan dan penulisan sehinggalah kepada aspek teknikal seperti penyuntingan dan penyediaan ilustrasi.

Dana PIBN ini diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk menyokong industri penerbitan buku berbahasa Melayu yang berkualiti serta memperkasa pembangunan kandungan tempatan dalam industri buku negara.

Sebagai urus setia Dana PIBN, DBP memainkan peranan penting dalam usaha merancakkan lagi aktiviti promosi dalam pelbagai lapisan masyarakat. Antara usaha yang diambil oleh DBP adalah seperti berikut:

  • Menjalankan taklimat kepada penerbit dan persatuan;
  • Mengadakan Jerayawara PIBN menerusi penyertaan dalam pelbagai acara perbukuan seperti pesta buku dan himpunan penulis di seluruh negara; dan
  • Menganjurkan kursus percuma berkaitan penulisan dan penerbitan yang disertai oleh penerbit, persatuan dan individu.

Usaha yang dijalankan DBP dalam mempromosi Dana PIBN ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudannya dan bermatlamat untuk menggalakkan lebih ramai pihak menghantar manuskrip bagi penilaian dan permohonan. Selain itu, urus setia bersedia memberikan khidmat bimbingan dan bantuan melancarkan proses permohonan dana ini.

Urus setia berharap agar dana ini dapat menggalakkan pemain industri penerbitan menerbitkan lebih banyak buku berbahasa Melayu yang berkualiti, seterusnya memperkukuh peranan buku sebagai teras utama dalam pembangunan ilmu dan kemajuan negara. 

Sabtu, 15 Mac 2025

Himpunan Kisah Seram

 


Aku agak obses dengan cerita-cerita seram sejak aku masih remaja lagi. Jadi, aku telah mendengar podcast atau siniar dari pelbagai platform seperti Youtube atau Spotify. Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk memperkenal saluran kisah seram dari rantau Brunei, Malaysia dan Singapura.

Berikut adalah antara saluran terkenal di platform Youtube yang aku salinkan untuk rujukan aku sendiri bagi penulisan kreatif bergenre seram dalam bahasa Melayu. Kisah-kisah seram disimpan mengikut nama saluran yang terkenal:
  • Alha Alfa
  • Anak Hantoo
  • Anas Rahmat
  • Asshrapp Channel
  • Cengkih Channel
  • Imeelulubee
  • Mak Leha Story
  • Qamarina Hassim
  • React87
  • Safwan Nazri Podcast
  • Santai Chill
  • Sharul Chapters
  • Si Tukang Cerita
  • The Segment
Gambar hiasan di atas dipetik dari hasil fotografi Yevgeni Kacnelson dalam rencana "Happy Halloween: Scary Stories in the New Yorker" terbitan Culture Desk di portal the New Yorker pada 30 Oktober 2018. 

Isnin, 27 Januari 2025

Jualan Gudang Karangkraf 2025


Penerbitan Karangkraf kembali lagi dengan Jualan Gudang nya pada:

                                    Tarikh: 24 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025
                                    Waktu: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
                                    Lokasi: Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Apa yang menarik di Jualan Gudang Karangkraf 2025 kali ini?
  • Buku serendah RM 5.00
  • Buku pelbagai genre dan kategori seperti agama, motivasi, pendidikan dan kanak-kanak
  • Cabutan bertuah dan hadiah yang menarik sepanjang acara berlangsung
  • Trak makanan dan gerai makanan disediakan untuk para pengunjung yang datang membeli belah sambil menjamu selera
Sila layari laman sesawang Kumpulan Media Karangkraf atau ikuti berita berkaitan dengan kempen di media sosial rasmi Kumpulan Media Karangkraf seperti di Facebook, Instagram dan X. Liputan ini adalah kempen percuma untuk menyokong industri penerbitan tempatan di Malaysia. Selamat membaca! 

Selasa, 30 Januari 2024

Penulisan Laporan Aktiviti

Bergantung kepada konteks sesuatu organisasi itu, laporan aktiviti boleh juga dikenali sebagai log kerja, laporan kemajuan, kemaskini projek atau laporan status projek. Secara umumnya, laporan aktiviti ini boleh dikira sebagai komunikasi tempat kerja yang menjelaskan kemajuan sesuatu projek dengan istilah yang jelas dan padat. Walaupun laporan aktiviti ini selalunya pendek dan berisi pesanan tidak rasmi yang dihantar menerusi memo pejabat atau emel, ia masih lagi berfungsi sebagai dokumen penting untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam pejabat.

Tujuan laporan aktiviti ini bukanlah untuk memujuk pembaca atau berhujah mengenai suatu kenyataan. Sebaliknya, ia bertujuan untuk memaklumkan pekerja dan pengurus mengenai tugasan lampau, kini dan pada masa hadapan. Laporan sebegini sama ada diminta oleh pengurus atau rakan sekerja atau boleh diedarkan untuk makluman rakan sekerja mengenai kemajuan atau halangan yang dihadapi semasa projek ini dilaksanakan oleh seseorang.

Maklumat utama yang harus ada dalam laporan aktiviti adalah seperti berikut:

Setakat ini aku telah menguruskan sebanyak dua (2) program yang masing-masing dibiayai oleh Kesatuan Eropah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Aku telah belajar mengenai pengurusan acara dan juga projek yang memerlukan kemahiran dari segi pengurusan sumber dan juga komunikasi dengan pelbagai pihak. 

Ahad, 29 Oktober 2023

Kesihatan Mental dan Hak Asasi Manusia


Kenyataan Dr Poonam Khetrapal Singh, Pengarah WHO Rantau Asia Tenggara menyebut bahawa tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang dirayakan pada 10 Oktober 2023 yang lalu berbunyi Kesihatan Mental adalah Hak Asasi Manusia Sejagat. Ia menyeru supaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara anggota dan rakan kongsinya supaya meningkatkan lagi usaha dalam menangani isu kesihatan mental dengan pendekatan hak asasi manusia.

Walau bagaimanapun, rencana dari Sinar Daily oleh Ahmad Iqbal Ahmad Rahman membangkitkan persoalan bahawa sekiranya kesihatan mental itu adalah hak asasi manusia sejagat, adakah istilah ini sering dan akan disalahgunakan?

Menurut beliau, kesihatan mental ini adalah satu keadaan yang biasanya diterima umum namun ramai orang menjadikan kesihatan mental ini sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dari tanggungjawab dan apabila membuat keputusan yang salah.

Mohon buat sambungan di bawah. Terima kasih. 

Jumaat, 13 Oktober 2023

Badan Bukan Kerajaan

Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia ini adalah satu matlamat yang terpuji yang diimpikan oleh ramai orang. Kebajikan dalam masyarakat adalah titik asas bagi memastikan sesuatu komuniti itu mampu untuk berdikari di atas kaki mereka sendiri. Selain itu, kerja kebajikan juga memberikan rasa kepuasan peribadi serta pencapaian tersendiri kepada seseorang.

Malaysia menyaksikan kemunculan badan bukan berasaskan keuntungan (NPO), badan bukan kerajaan (NGO) dan juga perusahaan sosial (SE). Badan-badan ini diasaskan di bawah sektor kebajikan dan sosial serta menduduki tempat ketiga selepas sektor awam dan sektor swasta. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi kekaburan berkaitan dengan peraturan dan syarat dalam bidang ini.

Tuan, mohon lanjutkan maklumat rujukan. Terima kasih. 

Sabtu, 12 Julai 2014

Ekonomi berasaskan Ilmu Pengetahuan

Ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan atau knowledge-based economy menjadi dasar yang memelihara perkembangan ekonomi pada kadar yang pantas dan mempertingkat persaingan antarabangsa bagi mencapai matlamat negara. Pemacu kepada ekonomi berasaskan kepada ilmu pengetahuan ini adalah seperti berikut:
  • Membina dasar tenaga manusia berpengetahuan, antara lainnya, melalui penilaian pendidikan secara komprehensif dan sistem latihan, pelaksanaan atau peluasan sistem pembelajaran seumur hidup serta program bagi menarik, memberikan perangsang dan mengekalkan bakat berkemahiran yang diperlukan bagi mewujudkan ekonomi negara yang berpendapatan tinggi;
  • Mempertingkat lago usaha dan insiatif S&T dan R&D;
  • Memperluas perkembangan struktur maklumat bagi mempermudah cara perkembangan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan;
  • Sistem kewangan yang selari dengan perkembangan aktiviti berasaskan ilmu pengetahuan;
  • Mepertingkat konten pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan;
  • Menyeru Industri Kecil Sederhana (IKS) bersiap sedia melengkapi perniagaan masing-masing dengan ekonomi berdasarkan ilmu pengetahuan serta mengenalpasti dan menerokai peluang yang akan dijana olehnya;
  • Sektor awam yang pakar dalam mendapatkan, menggunakan, menyebarkan dan menguruskan pengetahuan;
  • Penggunaan pengetahuan secara beretika; dan
  • Mengambil tindakan tegas dalam menghubungkan jurang digital antara pendapatan, etnik dan kumpulan usia, komuniti bandar dan pedalaman serta merentasi rantau.  
Sebagai tambahan, Pelan Besar Ekonomi berasaskan Ilmu Pengetahuan atau Knowledge-based Economy Master Plan (KEMP) yang dilancarkan pada tahun 2002 mengandungi sebanyak 136 syor merangkumi sumber manusia, struktur maklumat, insentif, kemajuan sains dan teknologi, penetapan semula hala tuju sektor awam dan swasta serta menangani jurang digital.

Rencana dipetik dari Portal Kementerian Kewangan di bawah tajuk Dasar Pembangunan Negara berjudul Industri Berasaskan Ilmu Pengetahuan dan ICT.

Jumaat, 11 Julai 2014

Pengajian India


Penduduk berbangsa India di Malaysia atau warganegara Malaysia yang menjatikan diri mereka sebagai bangsa India adalah kelompok yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia, selepas bangsa Melayu dan bangsa Cina dengan peratusan sebanyak 7% daripada populasi Malaysia. Kebanyakan daripada mereka ini adalah keturunan migran India yang berhijrah ke British Malaysia dari pertengahan abad ke-19 masihi sehingga ke pertengahan abad ke-20 masihi.
Sebelum aku bekerja lagi, aku sebenarnya telah bertembung dengan orang India jadi aku turut mengumpulkan maklumat mengenai orang India bagi kegunaan aku. Berikut adalah halaman yang aku pancangkan dahulu untuk rujukan.
Mohon sambung buat di sini. 

Skim Pelaburan di Malaysia


Untuk keselamatan kewangan, aku rasa molek sekali kita berfikir mengenai langkah jangka pendek dan jangka panjang. Aku dapati dalam jangka panjang, mungkin seseorang itu memerlukan simpanan. Setakat kita menyimpan di bank sahaja berapa sahaja dividen tahunan yang kita dapat dari bank? Oleh itu, apakah alternatif simpanan yang lain? Aku mencari yang berisiko rendah kerana aku risau tertipu dengan 'scam' pelaburan yang berleluasa di Malaysia ini.

Setakat yang aku maklum, ada beberapa badan amanah saham dan bank yang didaftarkan di bawah nama kerajaan Malaysia sendiri. Aku rasa yang seperti berikut adalah selamat untuk orang awam:
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Tabung Haji
Rujukan
  • Pelaburan, Piawaian Perakaunan Kerajaan 6, 2012, Jabatan Akauntan Negara melalui Skim Pelaburan di Malaysia, Happy Buffalo, 26 Jun 2020 (blogspot
Sumber Gambar:
  • What are the best saving accounts right now? Business Insider (online)

Pengiklanan Komersil


Pada zaman aku kecil-kecil sekitar tahun 90an dahulu, iklan memang banyak ditayangkan di media sebaran am seperti televisyen di Malaysia. Jika di radio, para peniaga menggunakan stesen-stesen radio untuk mempromosikan barangan atau jenama yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.

Pengiklanan komersil ini banyak sekali bertumpu kepada televisyen atau media visual. Ia ditayangkan pada sela-sela masa di televisyen dan pengiklan akan membayar kepada stesen-stesen televisyen yang menyiarkan iklan mereka. Tujuan iklan ini adalah untuk memberikan mesej yang mempromosikan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu perniagaan. Para pengiklan dan pemasar boleh merujuk kepada iklan televisyen komersil sebagai TVC atau television commercials.

Pada masa kini, iklan-iklan ini sudah mengambil bentuk yang baru. Ia tidak lagi terhad kepada radio, televisyen, akhbar dan blogsphere. Dengan perkembangan teknologi maklumat serta telefon pintar, muncul ruangan-ruangan baru seperti Youtube, Netflix, Facebook, Twitter dan sebagainya yang turut menjadi pentas untuk penyiaran iklan secara maya.
Sumber Gambar
  • Remember These Malaysian TV Ads from 90s, Flyme360 (online) 

Pengajian Bahasa


Adakah anda bercakap dalam lebih daripada satu bahasa? Maksudnya di sini bukan bahasa Rojak yang telah pun mendarah daging di Malaysia tetapi bahasa yang betul bagi setiap satunya. Adakah anda berminat mempelajari mengenai bagaimana, bila dan di mana sesuatu bahasa itu muncul? Adakah anda berminat dengan pengaruh pelbagai bahasa yang menjadikan semua orang lebih rapat antara satu sama lain? Jika anda berminat dengan hal ini maka anda mungkin boleh mempertimbang untuk mendaftar dalam pengajian bahasa. 

Pengajian bahasa ini adalah merupakan salah satu daripada kursus seni tradisional yang memberikan anda pengetahuan berguna mengenai pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman dan bahasa Russia.

Bahasa Inggeris sebagai contoh adalah salah satu daripada enam bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, bahasa Inggeris menjadi bahasa perhubungan antarabangsa yang penting. Ia memudahkan komunikasi antara penduduk dunia yang bertutur dalam pelbagai bahasa. Selain itu, bahasa Inggeris menjadi bahasa perdagangan global, bahasa sains dan teknologi, bahasa diplomasi, bahasa pertubuhan antarabangsa dan pertukaran antarabangsa dalam bidang yang melibatkan komunikasi pelbagai hala.
Kredit untuk gambar hiasan di atas adalah milik laman web Surrey Translation Bureau, United Kingdom. Untuk maklumat tambahan, Surrey Translation Bureau, UK telah berpindah ke halaman Wessex Translations, UK.