Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan

Ahad, 8 Februari 2026

Penerbitan Universiti Malaya

 

Penerbitan Universiti Malaya atau The Universiti Malaya Press telah ditubuhkan sejak tahun 1945 sekaligus menjadikannya sebagai penerbitan tertua sekali di Malaysia. Ia diterbitkan di atas premis bahawa menjadi tanggungjawab universiti bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan. 

Isnin, 2 Jun 2025

Dewan Bahasa dan Pustaka Terbitkan 771 Judul Buku Bahasa Melayu

Menurut laporan berita Buletin TV3 seksyen Nasional berjudul "DBP terbitkan 771 judul buku bahasa Melayu guna dana PIBN" pada 31 Mei 2025, sebanyak 771 judul buku berbahasa Melayu pelbagai bidang dan genre telah berjaya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP melalui Dana Penerbitan Inisiatif Buku Negara (PIBN) dengan kos berjumlah kira-kira RM 7 juta.

Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP berkata bahawa dari Januari hingga Mei 2025 sahaja, sebanyak 80 judul buku telah diluluskan pembiayaannya dengan jumlah dana kira-kira RM 600,000.00. Angka ini boleh dikatakan agak besar juga dalam tempoh lima bulan. Pembiayaan ini sudah pasti memberi manfaat menyeluruh dalam pelbagai peringkat penerbitan, daripada penyelidikan dan penulisan sehinggalah kepada aspek teknikal seperti penyuntingan dan penyediaan ilustrasi.

Dana PIBN ini diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk menyokong industri penerbitan buku berbahasa Melayu yang berkualiti serta memperkasa pembangunan kandungan tempatan dalam industri buku negara.

Sebagai urus setia Dana PIBN, DBP memainkan peranan penting dalam usaha merancakkan lagi aktiviti promosi dalam pelbagai lapisan masyarakat. Antara usaha yang diambil oleh DBP adalah seperti berikut:

  • Menjalankan taklimat kepada penerbit dan persatuan;
  • Mengadakan Jerayawara PIBN menerusi penyertaan dalam pelbagai acara perbukuan seperti pesta buku dan himpunan penulis di seluruh negara; dan
  • Menganjurkan kursus percuma berkaitan penulisan dan penerbitan yang disertai oleh penerbit, persatuan dan individu.

Usaha yang dijalankan DBP dalam mempromosi Dana PIBN ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudannya dan bermatlamat untuk menggalakkan lebih ramai pihak menghantar manuskrip bagi penilaian dan permohonan. Selain itu, urus setia bersedia memberikan khidmat bimbingan dan bantuan melancarkan proses permohonan dana ini.

Urus setia berharap agar dana ini dapat menggalakkan pemain industri penerbitan menerbitkan lebih banyak buku berbahasa Melayu yang berkualiti, seterusnya memperkukuh peranan buku sebagai teras utama dalam pembangunan ilmu dan kemajuan negara. 

Sabtu, 15 Mac 2025

Himpunan Kisah Seram

 


Aku agak obses dengan cerita-cerita seram sejak aku masih remaja lagi. Jadi, aku telah mendengar podcast atau siniar dari pelbagai platform seperti Youtube atau Spotify. Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk memperkenal saluran kisah seram dari rantau Brunei, Malaysia dan Singapura.

Berikut adalah antara saluran terkenal di platform Youtube yang aku salinkan untuk rujukan aku sendiri bagi penulisan kreatif bergenre seram dalam bahasa Melayu. Kisah-kisah seram disimpan mengikut nama saluran yang terkenal:
  • Alha Alfa
  • Anak Hantoo
  • Anas Rahmat
  • Asshrapp Channel
  • Cengkih Channel
  • Imeelulubee
  • Mak Leha Story
  • Qamarina Hassim
  • React87
  • Safwan Nazri Podcast
  • Santai Chill
  • Sharul Chapters
  • Si Tukang Cerita
  • The Segment
Gambar hiasan di atas dipetik dari hasil fotografi Yevgeni Kacnelson dalam rencana "Happy Halloween: Scary Stories in the New Yorker" terbitan Culture Desk di portal the New Yorker pada 30 Oktober 2018. 

Isnin, 27 Januari 2025

Jualan Gudang Karangkraf 2025


Penerbitan Karangkraf kembali lagi dengan Jualan Gudang nya pada:

                                    Tarikh: 24 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025
                                    Waktu: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
                                    Lokasi: Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Apa yang menarik di Jualan Gudang Karangkraf 2025 kali ini?
  • Buku serendah RM 5.00
  • Buku pelbagai genre dan kategori seperti agama, motivasi, pendidikan dan kanak-kanak
  • Cabutan bertuah dan hadiah yang menarik sepanjang acara berlangsung
  • Trak makanan dan gerai makanan disediakan untuk para pengunjung yang datang membeli belah sambil menjamu selera
Sila layari laman sesawang Kumpulan Media Karangkraf atau ikuti berita berkaitan dengan kempen di media sosial rasmi Kumpulan Media Karangkraf seperti di Facebook, Instagram dan X. Liputan ini adalah kempen percuma untuk menyokong industri penerbitan tempatan di Malaysia. Selamat membaca! 

Sabtu, 12 Julai 2014

Penulisan Kreatif


Penulisan kreatif pada asasnya adalah proses penciptaan karya sastera yang bermula dari tercetusnya idea, memikirkan dan mematangkan idea tersebut, mengolah dalam bentuk tulisan dalam pelbagai genre dan seterusnya memperbaiki dan memurnikan sehingga terbentuk sebuah karya yang baru.

Pola penulisan kreatif menerokai daya imaginasi penulis, biasanya ditandai dengan penulisan yang berbentuk penceritaan atau bertutur, pengembangan watak dan penggunaan kiasan. Penulisan kreatif ditujukan untuk mengusik, membuai, merangsan dan mengaduk perasaan dan pemikiran para pembaca. Terdapat dua jenis penulisan kreatif iaitu:
    Pic Source: Mohamad Elarby, The Boy and the Tower: An Illustrated Journey through Ambedkar's Ideas and Life, GoodNews4YouOnline (online)

    Jumaat, 11 Julai 2014

    Pengajian India


    Penduduk berbangsa India di Malaysia atau warganegara Malaysia yang menjatikan diri mereka sebagai bangsa India adalah kelompok yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia, selepas bangsa Melayu dan bangsa Cina dengan peratusan sebanyak 7% daripada populasi Malaysia. Kebanyakan daripada mereka ini adalah keturunan migran India yang berhijrah ke British Malaysia dari pertengahan abad ke-19 masihi sehingga ke pertengahan abad ke-20 masihi.
    Sebelum aku bekerja lagi, aku sebenarnya telah bertembung dengan orang India jadi aku turut mengumpulkan maklumat mengenai orang India bagi kegunaan aku. Berikut adalah halaman yang aku pancangkan dahulu untuk rujukan.
    Mohon sambung buat di sini. 

    Pengiklanan Komersil


    Pada zaman aku kecil-kecil sekitar tahun 90an dahulu, iklan memang banyak ditayangkan di media sebaran am seperti televisyen di Malaysia. Jika di radio, para peniaga menggunakan stesen-stesen radio untuk mempromosikan barangan atau jenama yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.

    Pengiklanan komersil ini banyak sekali bertumpu kepada televisyen atau media visual. Ia ditayangkan pada sela-sela masa di televisyen dan pengiklan akan membayar kepada stesen-stesen televisyen yang menyiarkan iklan mereka. Tujuan iklan ini adalah untuk memberikan mesej yang mempromosikan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu perniagaan. Para pengiklan dan pemasar boleh merujuk kepada iklan televisyen komersil sebagai TVC atau television commercials.

    Pada masa kini, iklan-iklan ini sudah mengambil bentuk yang baru. Ia tidak lagi terhad kepada radio, televisyen, akhbar dan blogsphere. Dengan perkembangan teknologi maklumat serta telefon pintar, muncul ruangan-ruangan baru seperti Youtube, Netflix, Facebook, Twitter dan sebagainya yang turut menjadi pentas untuk penyiaran iklan secara maya.
    Sumber Gambar
    • Remember These Malaysian TV Ads from 90s, Flyme360 (online) 

    Pusat Simpanan Maklumat


    Sekitar tahun 2007 sehingga tahun 2014, aku tidak pasti telah berapa banyak laman blogspot yang aku telah buka. Keluarga aku menghadapi pelbagai krisis jadi aku cuba untuk membuat diri aku ini sentiasa sedar dan tidak tenggelam dengan perasaan sedih kerana aku tidak dapat hidup seperti orang lain dengan mengumpul, membaca maklumat dan menulis.

    Aku berterima kasih kepada google kerana membenarkan aku menggunakan platform mereka sebagai pentas untuk menyimpan maklumat selain daripada aku dapat menggunakannya untuk meluahkan rasa hiba aku. Aku menggunakan pelbagai nama samaran untuk menyimpan maklumat. Semua ini menjadi rujukan aku kerana aku akan kembali membacanya semula apabila aku lapang serta bosan.
    Boleh jadi ia akan berguna di masa hadapan. Jika bukan untuk aku pun mungkin untuk orang lain. Rasa hiba pula. Teringat akan bapa aku.

    Sumber Gambar
    • Pexels.com via Eleanor McKenna, Keeping a Project Diary, Medium Visual Design, 16 August 2018 (online