Rabu, 24 Januari 2024

Pengurusan Acara


Aku telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan tugasan yang berlawanan dengan keinginan aku iaitu memantau atau menguruskan acara dan program. Sebenarnya aku lebih berminat dengan kerja yang bersifat research atau penyelidikan kerana aku merasakan bahawa aku tak perlu berurusan dengan ramai orang namun jangkaan aku meleset apabila aku menyertai tempat kerja aku kini.

Oleh kerana aku tiada pilihan akibat kekangan kewangan maka aku terpaksa menelan kepahitan juga dibuli oleh pentadbiran atasan di pejabat aku itu kerana aku bukan jenis pembodek seperti kanak-kanak millenial lain dan sesetengah generasi Z di pejabat ini. Mereka akan berikan jawatan atau kedudukan di tempat yang tiada siapa pun suka di pejabat kepada kita dan aku akan melaknat mereka setiap hari sehingga mereka ditimpa musibah sahajalah. Jadi aku menyelidiki kaedah pengurusan acara bagi persediaan aku di masa hadapan kerana sekurang-kurangnya aku sudah merasai pengalaman buruk antara yang terburuk dalam kerjaya aku. 
Tambahkan nota anda di sini supaya rujukan menjadi lebih komprehensif. Terima kasih.