Kenyataan Dr Poonam Khetrapal Singh, Pengarah WHO Rantau Asia Tenggara menyebut bahawa tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang dirayakan pada 10 Oktober 2023 yang lalu berbunyi Kesihatan Mental adalah Hak Asasi Manusia Sejagat. Ia menyeru supaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara anggota dan rakan kongsinya supaya meningkatkan lagi usaha dalam menangani isu kesihatan mental dengan pendekatan hak asasi manusia.
Walau bagaimanapun, rencana dari Sinar Daily oleh Ahmad Iqbal Ahmad Rahman membangkitkan persoalan bahawa sekiranya kesihatan mental itu adalah hak asasi manusia sejagat, adakah istilah ini sering dan akan disalahgunakan?
Menurut beliau, kesihatan mental ini adalah satu keadaan yang biasanya diterima umum namun ramai orang menjadikan kesihatan mental ini sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dari tanggungjawab dan apabila membuat keputusan yang salah.