Memaparkan catatan dengan label pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Oktober 2026

Menghayati Peranan Golongan Profesional Bahasa sempena Hari Penterjemahan Sedunia

Sorotan dalaman terhadap salah seorang jurubahasa PBB
yang sedang bertugas pada hari pembukaan Perbahasan Umum
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Gambar oleh Loey Felipe (2009), PBB New York.

Dunia menyambut "Hari Penterjemahan Sedunia" yang jatuh pada 30 September setiap tahun ini bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada usaha golongan profesional bahasa yang memainkan peranan penting dalam menyatukan negara dunia, mempermudah dialog, persefahaman dan kerjasama serta menyumbang kepada pembangunan dan pengukuhan keamanan serta keselamatan dunia.

Penterjemahan karya sastera atau saintifik termasuk karya teknikal daripada satu bahasa ke satu bahasa lain serta kerja penterjemahan profesional seperti penterjemahan, kejurubahasaan dan pengurusan istilah yang sewajarnya, adalah amat penting bagi mengekalkan kejelasan dalam penyampaian ilmu, suasana positif dan produktiviti dalam wacana antarabangsa serta komunikasi antara individu.

Justeru, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima pakai Resolusi 71/288 pada 24 Mei 2017 mengenai peranan golongan profesional bahasa dalam menghubungkan negara dunia serta memupuk keamanan, persefahaman dan pembangunan. Selanjutnya, ia mengisytiharkan 30 September sebagai "Hari Penterjemahan Sedunia".

Kenapakah tarikh 30 September dipilih sebagai "Hari Penterjemahan Sedunia"? Tarikh ini dipilih bersempena dengan perayaan Saint Jerome, seorang penterjemah kitab Injil yang dianggap sebagai wali keramat penaung bagi para penterjemah. Saint Jerome ialah seorang paderi dari timur laut Itali yang terkenal kerana usahanya menterjemahkan sebahagian besar kitab Injil daripada manuskrip Perjanjian Baru berbahasa Yunani ke dalam bahasa Latin. Selain itu, beliau juga menterjemahkan bahagian Taurat yang berbahasa Ibrani ke dalam bahasa Yunani. Beliau berketurunan Illyria dan bahasa ibunda beliau adalah bahasa Illyria. Beliau mempelajari bahasa Latin di sekolah serta fasih berbahasa Yunani dan berbahasa Ibrani yang dikuasai oleh beliau melalui pengembaraan. Saint Jerome meninggal dunia berhampiran Baitullaham pada 30 September 420 M.

Kepelbagaian Bahasa: Nilai Teras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Bahasa, dengan implikasinya yang kompleks terhadap identiti, komunikasi, integrasi sosial, pendidikan dan pembangunan mempunyai kepentingan strategik bagi penduduk dunia dan bumi.

Wujud kesedaran yang semakin hari semakin meningkat bahawa bahasa memainkan peranan penting bukan saja dalam pembangunan, kepelbagaian budaya dan dialog antara budaya, tetapi juga dalam mencapai pendidikan berkualiti untuk semua, mengukuhkan kerjasama, membina masyarakat berilmu yang inklusif, memelihara warisan budaya serta menggembleng kehendak politik bagi memanfaatkan sains serta teknologi demi pembangunan mapan.

Sebagai faktor penting dalam komunikasi harmoni antara pelbagai bangsa, kepelbagaian bahasa turut dianggap oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai nilai teras pertubuhan itu. Dengan memupuk semangat toleransi, penggunaan pelbagai bahasa memastikan penyertaan yang berkesan dan menyeluruh daripada semua pihak dalam urusan PBB. Di samping itu, ia meningkatkan lagi keberkesanan, prestasi dan ketelusan pertubuhan. 

Perkhidmatan Penterjemahan di PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan salah satu majikan terbesar dunia bagi golongan profesional dalam bidang bahasa. Beratus-ratus kakitangan bahasa berkhidmat di pejabat PBB yang terletak di New York, Geneva, Vienna dan Nairobi atau di suruhanjaya serantau PBB di Addis Ababa, Bangkok, Beirut, Geneva dan Santiago. Penterjemah juga merupakan salah satu daripada kategori profesional bahasa bahasa yang diambil bekerja oleh PBB.

Golongan yang pakar di PBB termasuklah seperti berikut:

  • Pembantu penyuntingan dan penerbitan meja (desktop publishing);
  • Penyunting;
  • Jurubahasa;
  • Penulis ringkasan rasmi atau prĂ©cis-writers;
  • Penyunting pengeluaran dan pakar penerbitan meja;
  • Penterjemah; dan
  • Pelapor verbatim.     

Penterjemah PBB mengendalikan pelbagai jenis dokumen, bermula daripada kenyataan Negara Anggota sehinggalah kepada laporan yang disediakan oleh badan-badan pakar. Dokumen yang diterjemahkan mereka merangkumi setiap topik dalam agenda PBB termasuklah hak asasi manusia, keamanan dan keselamatan serta pembangunan. Isu-isu baru muncul setiap hari. Justeru, dokumen PBB dikeluarkan secara serentak dalam enam bahasa rasminya iaitu bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa Sepanyol. Sesetengah dokumen utama turut diterjemah ke dalam bahasa Jerman. Penghasilan dokumen dalam pelbagai bahasa ini dapat dilaksanakan hasil usaha penterjemah PBB yang bertanggungjawab menyampaikan kandungan teks asal ke dalam bahasa utama mereka dengan jelas dan tepat.

Berminat untuk berkhidmat sebagai pakar bahasa di PBB? Sila layari laman web UN Careers untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peperiksaan kecekapan bagi golongan profesional bahasa.   

Selain itu, rencana ini diterjemahkan oleh aku daripada rencana, "The role of language professionals" dalam laman sesawang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Ahad, 29 Oktober 2023

Kesihatan Mental dan Hak Asasi Manusia


Kenyataan Dr Poonam Khetrapal Singh, Pengarah WHO Rantau Asia Tenggara menyebut bahawa tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang dirayakan pada 10 Oktober 2023 yang lalu berbunyi Kesihatan Mental adalah Hak Asasi Manusia Sejagat. Ia menyeru supaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara anggota dan rakan kongsinya supaya meningkatkan lagi usaha dalam menangani isu kesihatan mental dengan pendekatan hak asasi manusia.

Walau bagaimanapun, rencana dari Sinar Daily oleh Ahmad Iqbal Ahmad Rahman membangkitkan persoalan bahawa sekiranya kesihatan mental itu adalah hak asasi manusia sejagat, adakah istilah ini sering dan akan disalahgunakan?

Menurut beliau, kesihatan mental ini adalah satu keadaan yang biasanya diterima umum namun ramai orang menjadikan kesihatan mental ini sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dari tanggungjawab dan apabila membuat keputusan yang salah.

Mohon buat sambungan di bawah. Terima kasih. 

Sabtu, 16 September 2023

Kerjaya di Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian


Alang-alang aku sudah terbangun lambat pada pagi tadi, aku pun memulakan kerja aku sedikit lambat. Mungkin selepas makan tengah hari. Masukan aku kali ini sengaja aku perbuat dalam bahasa Melayu bagi berkongsi maklumat serta pengalaman aku dalam pekerjaan dengan rakan-rakan pembaca yang sudi berkunjung ke halaman yang tidak seberapa ini.

Pada bulan Januari tahun 2014, aku pernah bekerja selama sehari di agensi Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) di Kuala Lumpur sebagai seorang kerani pendaftaran pelarian selepas sahaja aku bergraduasi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pada hari pertama aku berjumpa dengan T Chang, pegawai di Unit Sumber Manusia (HR) mereka dan mendapati perempuan itu sungguh eksyen sekali. Dia fikir dia bagus sangat hanya kerana dia seorang Cina yang menggunakan nama bahasa Inggeris kot, podah!

Baca lanjut, sila klik di sini, terima kasih.