Memaparkan catatan dengan label kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerjaya. Papar semua catatan

Selasa, 30 Januari 2024

Penulisan Laporan Aktiviti

Bergantung kepada konteks sesuatu organisasi itu, laporan aktiviti boleh juga dikenali sebagai log kerja, laporan kemajuan, kemaskini projek atau laporan status projek. Secara umumnya, laporan aktiviti ini boleh dikira sebagai komunikasi tempat kerja yang menjelaskan kemajuan sesuatu projek dengan istilah yang jelas dan padat. Walaupun laporan aktiviti ini selalunya pendek dan berisi pesanan tidak rasmi yang dihantar menerusi memo pejabat atau emel, ia masih lagi berfungsi sebagai dokumen penting untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam pejabat.

Tujuan laporan aktiviti ini bukanlah untuk memujuk pembaca atau berhujah mengenai suatu kenyataan. Sebaliknya, ia bertujuan untuk memaklumkan pekerja dan pengurus mengenai tugasan lampau, kini dan pada masa hadapan. Laporan sebegini sama ada diminta oleh pengurus atau rakan sekerja atau boleh diedarkan untuk makluman rakan sekerja mengenai kemajuan atau halangan yang dihadapi semasa projek ini dilaksanakan oleh seseorang.

Maklumat utama yang harus ada dalam laporan aktiviti adalah seperti berikut:

Setakat ini aku telah menguruskan sebanyak dua (2) program yang masing-masing dibiayai oleh Kesatuan Eropah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Aku telah belajar mengenai pengurusan acara dan juga projek yang memerlukan kemahiran dari segi pengurusan sumber dan juga komunikasi dengan pelbagai pihak. 

Sabtu, 16 September 2023

Kerjaya di Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian


Alang-alang aku sudah terbangun lambat pada pagi tadi, aku pun memulakan kerja aku sedikit lambat. Mungkin selepas makan tengah hari. Masukan aku kali ini sengaja aku perbuat dalam bahasa Melayu bagi berkongsi maklumat serta pengalaman aku dalam pekerjaan dengan rakan-rakan pembaca yang sudi berkunjung ke halaman yang tidak seberapa ini.

Pada bulan Januari tahun 2014, aku pernah bekerja selama sehari di agensi Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) di Kuala Lumpur sebagai seorang kerani pendaftaran pelarian selepas sahaja aku bergraduasi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pada hari pertama aku berjumpa dengan T Chang, pegawai di Unit Sumber Manusia (HR) mereka dan mendapati perempuan itu sungguh eksyen sekali. Dia fikir dia bagus sangat hanya kerana dia seorang Cina yang menggunakan nama bahasa Inggeris kot, podah!

Baca lanjut, sila klik di sini, terima kasih.